Dunia Kanak-Kanak Slideshow: HAFIZAH’s trip to Ipoh, Perak, Malaysia was created by TripAdvisor. See another Semanggol slideshow. Create your own stunning free slideshow from your travel photos.

Tuesday, October 18, 2011

INFO PRASEKOLAH

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembang potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

MATLAMAT KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
  • Melahirkan bangsa Malaysia yang taat dan setia dan bersatu padu
  • Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketrampilan dan sejahtera
  • Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara
  • Memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara 

NKRA PRASEKOLAH

Memperluaskan akses pendidikan berkualiti dan berkemampuan
  1. Peningkatan kadar penyertaan murid prasekolah sebanyak 20% menjelang 2012.
  2. Meluaskan program pendidikan prasekolah di kawasan 'urban poor', luar bandar dan pendalaman.

KONSEP PENDIDIKAN PRASEKOLAH

Pendidikan prasekolah ialah satu program yang menyediakan pengalaman pembelajaran kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun dalam jangka masa satu tahun atau lebih sebelum masuk ke Tahun Satu di sekolah formal.

MATLAMAT PENDIDIKAN PRASEKOLAH

Pendidikan prasekolah bertujuan memperkembangkan potensi kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui persekitaran yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna. Ini adalah untuk meningkatkan kemahiran, menanam keyakinan dan membentuk konsep kendiri yang positif pada diri kanak-kanak agar mereka berjaya dalam persekitaran sedia ada dan bersedia untuk menangani cabaran dan bertanggungjawab di sekolah rendah kelak.

Sunday, October 16, 2011

Friday, September 30, 2011